kawan ni pendatang baru dalam dunia blog, kawan memang tak faham sangat macam mana nak menceburi dunia blog ni, blog kawan ni pun ada org tolong buatkan. kalau nak buat sendiri memang kawan tak berapa nak reti la. maklumlah...pemahamam bab it ni tak berapa nak tinggi. terima kasih banyak2 la kepada saudara kawan yang membantu kawan buatkan blog ni. sebelum ni kwn hanya tahu sms, e-mail & facebook je. facebook pun kwn rasa belum ada setahun kwn pandai, itu pasal ada seorang saudari yang secara sukarela mengajar kawan tentang facebook, kalau tak sampai sekarang agaknya kawan tak tau lagi pasal , sfacebook, terimakasih la banyak2 kepada dia. bab menulis pun kawan pun bukan la pandai sangat, cuma kawan ni suka membaca dan menyampaikan apa yang kawan baca kepada orang dgn cara kwn sendiri. kepada saudara2 serta sahabat handai sekalian, sebagai org org baru dalam dunia blog, tolong tegur & ajar kwn sekiranya apa yg akan kwn tulis lepas ini tidak menepati etika dunia blogger... bak kata pantun melayu...
buah cempedak di luar pagar,
ambil galah tolong jolokkan,
saya budak baru belajar,
kalau salah tolonglah tunjukkan.
sekian dulu untuk masa ini.....Assalammu'alaikum & sejahtera untuk semua.
No comments:
Post a Comment