AS SALAM,
Perkara pelik yg kwn nak cerita kali ni pulak ialah berkait dekat Maulid Nabi. Maulid tu taklah pelik, tetapi org2 yg menyambutnya je yg nampak pelik. Umum tahu Maulid adalah bersempena kita mengingati hari kelahiran Jujungan besar Nabi Muhammad S.A.W. yg lahir hari Isnin 12 Rabi'ulawal. dan yg kwn ingat Rasulullah wafat pun pada tarikh & hari yg sama rasanya. Kita cuba tengok tarikh hijrah kelahiran kita dan tengok balik kat kelandar hijrah, bila agaknya jumpa balik tarikh kelahiran tahun hijrah kita yg pada hari yg sama kita lahir, agaknya itu tarikh mati kita kot. Tapi sekadar pandangan peribadi kwn yg tak boleh diguna pakai je ni. Kematian itu adalah suatu kemestian bagi yg hidup, bila masanya hanya Allah yg tahu. Kita yg hidup ni kenalah beringat selalu. Ingat2lah, kita akan mati satu hari nanti, kat dunia ni kita jgn 'macam2', nanti ada balasannya.
Kita menyambut Maulid kononnya kerana cinta kita kpd Rasulullah, tetapi tanpa kita sedar dalam menyambut maulid pun ada sunnah Nabi yg kita tak ikut. Setiap kali Maulid, makan adalah satu kemestian. Cubalah buat majlis Maulid, lepas tu tak de makan, mesti org rasa mcm pelik. Menu biasa, nasi baryani ataupun nasi minyak, berlaukkan daging lembu masak kurma atau baryani, berkuahkan dalca. Mana yg ada peruntukkan lebih, masak daging kambing, ikut sunnah, Nabi kan suka makan daging kambing. Makan 'standard' la, dalam dulang, ikut Sunnah, menambahkan lagi keberkatan dalam makan. yg tak sedapnya, satu dulang biasanya makan 4 org, tapi nasinya punya la banyak, mcm boleh mkn 8 org! Kononnya kalau tak habis boleh bawa balik, plastik disediakan, kalau dah satu dulang 4 tangan dan kalau tak habis, rasa2nya siapalah diantara yg berempat tu nak bawa balik. tak de maknanya, memang 'belebus' dlm tong sampah la jawapnya. Dah satu Sunnah kita tak ikut. Kekadang ada yg handal, boleh habis juga. Ya lah kalau dah satu dulang 'power' semua orgnya, itupun kita tak ikut Sunnah sebenarnya, Nabi berpesan mkn seadanya, berhenti sebelum kenyang, bahagian mkn utk 2 org boleh dimakan bertiga, yg utk 4 org boleh mkn 6 org, barulah ada keberkatannya. Tetapi kawan kesian kekadang kepada YB2 yg kat kawasan masing2, ya lah sehari kekadang sampai berapa majlis Maulid nak kena pergi, kalau tak makan nanti takut penganjur kecil hati, sikit2 pun kalau dah 3/4 majlis pergi, mau senak perut juga YB2 ni. Ya la nak jaga hati rakyat, berkorban apa saje la YB2 semua. Jgn sampai terkorban sudahlah, dah penatlah asyik pilihanraya kecil je. Semoga panjang umur YB dan dapat berkhidmat dgn rakyat lebih lama lagi.
Moral dari cerita kawan ni, pembaziran yg seringkali berlaku dlm majlis maulid kita harus elakkan. Penganjur kenalah fikirkan cara terbaik utk mengelakkan pembaziran, barulah semua org dapat keberkatan. Kalau setiap kali maulid perkara ni berlaku, buat penat penceramah datang berceramah tapi kesannya 'hampeh', kalau kita betul2 sayang Rasulullah, Sunnah kita kena ikut. Tak dapat ikut semua jgnlah tinggalkan langsung. Yg dipandang pada kita bukan berapa banyak kita buat, sedikit tetapi secara berterusan itu lagi bagus. Peringatan ini khusus utk diri kawan juga sebenarnya. Semoga kita semua diberi kekuatan ke arah itu hendaknya, Insyaallah!
Setakat ini dulu....kita sambung dilain kali..
Assalammu'alaikum & semoga sejahtera untuk semua.
No comments:
Post a Comment