Tuesday 22 November 2011

SERUMPUN TETAPI SERINGKALI BERKONTROVERSI....APAKAH PERKARA SEBENAR DI SEBALIKNYA???

    Sukan SEA telah pun melabuhkan tirainya. Berlalulah juga episod perit jerih atlit Malaysia dalam perjuangan memburu pingat & mengharungi layanan dari penyokong fanatik tuan rumah. Sesuatu yang kekadang susah nak difahami, kenapa dua buah negara yang dikatakan serumpun dan banyak persamaan seringkali dilanda kontroversi. Melihat pada malam perasmian, terasa seperti Malaysia yang menjadi tuan rumah, kerana persembahan kebudayaan yang terlalu banyak persamaan. Kita adalah serumpun, asal kita dari punca yang banyak persamaan, tetapi kenapa seringkali timbulnya perbezaan pendapat diantara kita hingga tercetus suasana yang merosakkan keharmonian keserumpunan kita?

     Mengimbas kembali provokasi-provokasi yang dilakukan oleh segelintir penyokong fanatik tuan rumah, ianya agak mengguris hati warga Malaysia........diantaranya tidak menghormati lagu Negaraku ketika majlis penyampaian pingat.....malah mengejek-ejek ketika lagu Negaraku berkumandang boleh dikatakan agak keterlaluan. Walaupun ada juga beberapa pihak tuan rumah membuat kenyataan bahawa provokasi-provokasi itu hanya dilakukan oleh segelintir pihak yang tidak bertanggungjawap, tetapi rata-rata cerita yang kita dengar dari atlet & pegawai pasukan sampaikan petugas-petugas media dari Malaysia terkena tempias provokasi tidak bertempat dari 'segelintir' pihak tuan rumah. Kemuncak dari segala provokasi itu ialah perlawanan penentuan pingat emas acara bolasepak diantara Malaysia dengan tuan rumah. Dengan pemain Malaysia terpaksa hanya berlatih di hotel sahaja, dengan terpaksa dibawa naik 'barracuda' demi keselamatan pemain dan pegawai. Sudahlah untuk sampai ke stadium perlawanan memakan masa yang panjang kerana rintangan ratusan ribu penyokong fanatik tuan rumah. Bas penyokong pasukan Malaysia juga menerima nasib yang sama. Sehingga terpaksa dibawa kelaluan khas untuk pemain & pegawai agar keselamatan mereka terjamin. Ucapan tahniah juga kepada penyokong Malaysia yang hadir di stadium perlawanan, yang tetap bersemangat & berani menghadapi provokasi melampau segelintir penyokong fanatik tuan rumah. Provokasi-provokasi yang telah ditimbulkan mungkin telah menyemarakkan lagi semangat juang anak-anak muda Malaysia yang menentang pasukan tuan rumah dan kalau kita lihat kepada gol penalti terakhir dari ketua pasukan Malaysia...... seolah-olah semacam ini adalah balasan dari provokasi melampau yang tidak bertempat dari 'segelintir' pihak tuan rumah yang tidak bertanggungjawab. Walauapapun kita mengucapkan terimakasih kepada pihak keselamatan tuan rumah yang telah memastikan keselamatan pemain, pegawai & juga penyokong Malaysia terjamin. "Terimakasih Ya Pak!".

     Berbalik semula kepada puncanya terjadinya perkara yang telah disebut, bermulanya dari cetusan isu remeh mengenai kebudayaan, isu nasib pembantu rumah 'indon ' di Malaysia, isu sempadan yang kekadang seperti sengaja diada-adakan, apakah punca sebenar kepada perkara-perkara semua ini. Siapakah dalang di sebalik semua perkara yang nampaknya seperti sengaja di timbulkan untuk mengeruhkan hubungan baik dua Negara serumpun ini? Pihak manakah yang tidak senang dengan hubungan baik yang telah lama terjalin ini? Pihak pentadbir kedua-dua negara serumpun ini harus bijak menangani isu ini. Langkah-langkah bijak yang berkesan harus diambil untuk menangani isu ini agar ianya tidak berpanjangan.

     KITA ADALAH SERUMPUN, PADA KITA ADA BANYAK PERSAMAAN, ASAL KITA DARI PUNCA YANG SAMA, MARILAH KITA PERTAHANKAN KESERUMPUNAN & PERSAMAAN KITA INI DARI ANASIR YANG TIDAK DIINGINI. SEMOGA RUMPUN MELAYU TERUS BERSATU DAN DISEGANI HENDAKNYA!

WALLAHU'ALAM.