AS SALAM,
Kali ni kwn nak ajak kita sama2 berfikir perkara pelik tetapi itulah hakikatnya yg berlaku di dalam masjid. Mari kita sama2 fikirkan perkara pelik bermula dari tandas, tempat wuduk hinggalah ke ruang solat. Bermula dari tandas, dalam Islam dari yg kwn tau la, masuk tandas itu kita sunat beralas kaki (selipar), detail kenapa disunatkan berselipar kwn tak berapa nak ingat la, saudara2 & sahabat sekalian boleh lah rujuk kepada yg lebih arif. Tetapi yg kita kekadang jumpa, ada masjid atau surau yg tiada pengalas kaki utk ke tandas, malah yg peliknya ada juga sesetengah tempat siap ada tulis dilarang memakai selipar atau kasut dikawasan ini(tandas). Memang agak pelik jika masjid2 & surau2 tidak mengambil berat tentang perkara yg disunatkan dalam kehidupan sebagai seorang Muslim. Masjid adalah lambang kekuatan Islam, jika sekecil-kecil perkara yg disunatkan tak diambil berat dlm masjid, takut nanti Islam semakin lemah. Bersugi sebelum solat misalnya, kalau kita lihat ianya mcm perkara kecil je, tetapi impaknya besar. Kalau tak, buat apa Nabi berpesan yg lebih kurang bermaksud begini: ''Sekira tidak memberatkan umatKu, hendaklah bersugi setiap kali sebelum bersolat." Malah ketika hendak tiba saat wafatnya Rasulullah pun baginda masih mengambil berat tentang bersugi.
Seterusnya mari kita lihat tempat berwuduk pulak. Rasulullah pernah berpesan kepada seorang sahabat, Janganlah engkau melakukan pembaziran dalam berwuduk, sekalipun engkau berwuduk di sungai yang mengalir. Hari ini cuba kita lihat mcm mana cara kita berwuduk, kekadang masing2 bila berwuduk buka air paip sikit la punya besar, mcm nak mandi. Tidakkah kita pernah terfikir berapa banyak air yg telah kita bazirkan dlm berwuduk akibat penggunaan air terlampau melebihi dari yg sepatutnya. Membazirkan amalan syaitan, kalau dalam masjid pun kita selalu membazir, nak jadi apa kita ni!
Seterusnya kita ke ruang solat pulak. Umumnya setiap kali sebelum memulakan solat berjama'ah, Imam akan mengingatkan kpd makmum supaya rapatkan & luruskan saf kerana itu adalah sebahagian kesempurnaan dalam solat berjama'ah. Tetapi yg pelik & menghairankan, saf solat masih tak betul2 rapat & lurus. Tak tau la apa masaalah sebenar dalam hal ni, samaada makmum tak berapa nak dengar ke? atau tak faham bahasa ke tak tau la nak cakap ek!? Solat berjama'ah adalah sebagai lambang kekuatan dalam Islam, kalau dah dalam saf solat pun tak berapa nak sempurna, diantara para jama'ah tidak mau saling ingat mengingati, yg diingatkan pun kekadang masih buat tak faham je, macam mana kita nak membina kekuatan Ummah macam ni!!?? Agaknya diantara sebab2 Islam semakin lemah hari ini, kerana dari sekecil-kecil perkara dlm masjid hingga sampai kesempurnaan dalam solat berjema'ah kita dah tak berapa nak ambil berat. Kalau dah yang kat dalam masjid pun macam ni, yg berlaku kat luar masjid lagi la susah nak cerita, saudara2 & sahabat sekalian sendiri mau fikir la!
Sebelum kawan mengundur diri, kwn nak ajak saudara2 & sahabat sekalian sama2 merenungkan satu perkara. Kalau ada sesuatu majlis rasmi, lagu kebangsaan atau lagu negeri masing2 seringkali berkumandang, kita berdiri tegak kerana menghormati lagu kebangsaan & lagu negeri masing2. Kenapa tidak kita memberi penghormatan yg lebih dan sepatutnya terhadap seruan Illahi (Azan). Kawan mengingatkan diri kwn terutamanya serta saudara2 & sahabat sekalian, kita sepatutnya menghormati seruan Azan melebihi dari kita menghormati lagu kebangsaan & lagu2 negeri, bukan lah maksud kwn tak payah nak hormat sangat lagu2 tu, lagu kebangsaan adalah sebagai lambang jati diri kita terhadap bangsa & negara. Menghormati Azan sebagai lambang jati diri kita tehadap agama, bila jati diri terhadap kedua-dua perkara ini kukuh, barulah kita boleh menjadi Bangsa yg unggul. Fikir-fikirkanlah!
WALLAHU'ALAM!
Assalammu'alaikum & Semoga Sejahtera Untuk Semua.
No comments:
Post a Comment