Monday 28 February 2011

Memang pelik....Tetapi Itulah hakikatnya (Bah 3)

AS SALAM,

     Kali ni kwn nak ajak kita sama2 berfikir perkara pelik tetapi itulah hakikatnya yg berlaku di dalam masjid. Mari kita sama2 fikirkan perkara pelik bermula dari tandas, tempat wuduk hinggalah ke ruang solat. Bermula dari tandas, dalam Islam dari yg kwn tau la, masuk tandas itu kita sunat beralas kaki (selipar), detail kenapa disunatkan berselipar kwn tak berapa nak ingat la, saudara2 & sahabat sekalian boleh lah rujuk kepada yg lebih arif. Tetapi yg kita kekadang jumpa, ada masjid atau surau yg tiada pengalas kaki utk ke tandas, malah yg peliknya ada juga sesetengah tempat siap ada tulis dilarang memakai selipar atau kasut dikawasan ini(tandas). Memang agak pelik jika masjid2 & surau2 tidak mengambil berat tentang perkara yg disunatkan dalam kehidupan sebagai seorang Muslim. Masjid adalah lambang kekuatan Islam, jika sekecil-kecil perkara yg disunatkan tak diambil berat dlm masjid, takut nanti Islam semakin lemah. Bersugi sebelum solat misalnya, kalau kita lihat ianya mcm perkara kecil je, tetapi impaknya besar. Kalau tak, buat apa Nabi berpesan yg lebih kurang bermaksud begini: ''Sekira tidak memberatkan umatKu, hendaklah bersugi setiap kali sebelum bersolat." Malah ketika hendak tiba saat wafatnya Rasulullah pun baginda masih mengambil berat tentang bersugi.
     Seterusnya mari kita lihat tempat berwuduk pulak. Rasulullah pernah berpesan kepada seorang sahabat, Janganlah engkau melakukan pembaziran dalam berwuduk, sekalipun engkau berwuduk di sungai yang mengalir. Hari ini cuba kita lihat mcm mana cara kita berwuduk, kekadang masing2 bila berwuduk buka air paip sikit la punya besar, mcm nak mandi. Tidakkah kita pernah terfikir berapa banyak air yg telah kita bazirkan dlm berwuduk akibat penggunaan air terlampau melebihi dari yg sepatutnya. Membazirkan amalan syaitan, kalau dalam masjid pun kita selalu membazir, nak jadi apa kita ni!
     Seterusnya kita ke ruang solat pulak. Umumnya setiap kali sebelum memulakan solat berjama'ah, Imam akan mengingatkan kpd makmum supaya rapatkan & luruskan saf kerana itu adalah sebahagian kesempurnaan dalam solat berjama'ah. Tetapi yg pelik & menghairankan, saf solat masih tak betul2 rapat & lurus. Tak tau la apa masaalah sebenar dalam hal ni, samaada makmum tak berapa nak dengar ke? atau tak faham bahasa ke tak tau la nak cakap ek!? Solat berjama'ah adalah sebagai lambang kekuatan dalam Islam, kalau dah dalam saf solat pun tak berapa nak sempurna, diantara para jama'ah tidak mau saling ingat mengingati, yg diingatkan pun kekadang masih buat tak faham je, macam mana kita nak membina kekuatan Ummah macam ni!!?? Agaknya diantara sebab2 Islam semakin lemah hari ini, kerana dari sekecil-kecil perkara dlm masjid hingga sampai kesempurnaan dalam solat berjema'ah kita dah tak berapa nak ambil berat. Kalau dah yang kat dalam masjid pun macam ni, yg berlaku kat luar masjid lagi la susah nak cerita, saudara2 & sahabat sekalian sendiri mau fikir la!
     Sebelum kawan mengundur diri, kwn nak ajak saudara2 & sahabat sekalian sama2 merenungkan satu perkara. Kalau ada sesuatu majlis rasmi, lagu kebangsaan atau lagu negeri masing2 seringkali berkumandang, kita berdiri tegak kerana menghormati lagu kebangsaan & lagu negeri masing2. Kenapa tidak kita memberi penghormatan yg lebih dan sepatutnya terhadap seruan Illahi (Azan). Kawan mengingatkan diri kwn terutamanya serta saudara2 & sahabat sekalian, kita sepatutnya menghormati seruan Azan melebihi dari kita menghormati lagu kebangsaan & lagu2 negeri, bukan lah maksud kwn tak payah nak hormat sangat lagu2 tu, lagu kebangsaan adalah sebagai lambang jati diri kita terhadap bangsa & negara. Menghormati Azan sebagai lambang jati diri kita tehadap agama, bila jati diri terhadap kedua-dua perkara ini kukuh, barulah kita boleh menjadi Bangsa yg unggul. Fikir-fikirkanlah!

WALLAHU'ALAM!


Assalammu'alaikum & Semoga Sejahtera Untuk Semua.

Wednesday 23 February 2011

MEMANG PELIK...TETAPI ITULAH HAKIKATNYA...(bah 2)

AS SALAM,

     Perkara pelik yg kwn nak cerita kali ni pulak ialah berkait dekat Maulid Nabi. Maulid tu taklah pelik, tetapi org2 yg menyambutnya je yg nampak pelik. Umum tahu Maulid adalah bersempena kita mengingati hari kelahiran Jujungan besar Nabi Muhammad S.A.W. yg lahir hari Isnin 12 Rabi'ulawal. dan yg kwn ingat Rasulullah wafat pun pada tarikh & hari yg sama rasanya. Kita cuba tengok tarikh hijrah kelahiran kita dan tengok balik kat kelandar hijrah, bila agaknya jumpa balik tarikh kelahiran tahun hijrah kita yg pada hari yg sama kita lahir, agaknya itu tarikh mati kita kot. Tapi sekadar pandangan peribadi kwn yg tak boleh diguna pakai je ni. Kematian itu adalah suatu kemestian bagi yg hidup, bila masanya hanya Allah yg tahu. Kita yg hidup ni kenalah beringat selalu. Ingat2lah, kita akan mati satu hari nanti, kat dunia ni kita jgn 'macam2', nanti ada balasannya.
     Kita menyambut Maulid kononnya kerana cinta kita kpd Rasulullah, tetapi tanpa kita sedar dalam menyambut maulid pun ada sunnah Nabi yg kita tak ikut. Setiap kali Maulid, makan adalah satu kemestian. Cubalah buat majlis Maulid, lepas tu tak de makan, mesti org rasa mcm pelik. Menu biasa, nasi baryani ataupun nasi minyak, berlaukkan daging lembu masak kurma atau baryani, berkuahkan dalca. Mana yg ada peruntukkan lebih, masak daging kambing, ikut sunnah, Nabi kan suka makan daging kambing. Makan 'standard' la, dalam dulang, ikut Sunnah, menambahkan lagi keberkatan dalam makan. yg tak sedapnya, satu dulang biasanya makan 4 org, tapi nasinya punya la banyak, mcm boleh mkn 8 org! Kononnya kalau tak habis boleh bawa balik, plastik disediakan, kalau dah satu dulang 4 tangan dan kalau tak habis, rasa2nya siapalah diantara yg berempat tu nak bawa balik. tak de maknanya, memang 'belebus' dlm tong sampah la jawapnya. Dah satu Sunnah kita tak ikut. Kekadang ada yg handal, boleh habis juga. Ya lah kalau dah satu dulang 'power' semua orgnya, itupun kita tak ikut Sunnah sebenarnya, Nabi berpesan mkn seadanya, berhenti sebelum kenyang, bahagian mkn utk  2 org boleh dimakan bertiga, yg utk 4 org boleh mkn 6 org, barulah ada keberkatannya. Tetapi kawan kesian kekadang kepada YB2 yg kat kawasan masing2, ya lah sehari kekadang sampai berapa majlis Maulid nak kena pergi, kalau tak makan nanti takut penganjur kecil hati, sikit2 pun kalau dah 3/4 majlis pergi, mau senak perut juga YB2 ni. Ya la nak jaga hati rakyat, berkorban apa saje la YB2 semua. Jgn sampai terkorban sudahlah, dah penatlah asyik pilihanraya kecil je. Semoga panjang umur YB dan dapat berkhidmat dgn rakyat lebih lama lagi.
     Moral dari cerita kawan ni, pembaziran yg seringkali berlaku dlm majlis maulid kita harus elakkan. Penganjur kenalah fikirkan cara terbaik utk mengelakkan pembaziran, barulah semua org dapat keberkatan. Kalau setiap kali maulid perkara ni berlaku, buat penat penceramah datang berceramah tapi kesannya 'hampeh',  kalau kita betul2 sayang Rasulullah, Sunnah kita kena ikut. Tak dapat ikut semua jgnlah tinggalkan langsung. Yg dipandang pada kita bukan berapa banyak kita buat, sedikit tetapi secara berterusan itu lagi bagus. Peringatan ini khusus utk diri kawan juga sebenarnya. Semoga kita semua diberi kekuatan ke arah itu hendaknya, Insyaallah!

Setakat ini dulu....kita sambung dilain kali..


Assalammu'alaikum & semoga sejahtera untuk semua.

Monday 21 February 2011

MEMANG PELIK TAPI ITULAH HAKIKATNYA........

AS SALAM!

    Kali ini kawan nak ajak semua saudara2 & sahabat sekalian sama2 berfikir perkara2 yg pelik tetapi itulah hakikatnya yg berlaku dalam masyarakat kita.
    Perkara pertama yg kwn nak kita sama2 fikirkan mengenai kata2 ''Bersatu Teguh Bercerai Roboh''. Secara umumnya kwn rasa semua org tahu kalau kita bersatu kita akan bertambah kuat, bak kata pepatah sebatang lidi mudah dipatahkan, tetapi kalau dijadikan seikat penyapu, haa...!!! cubalah patahkan kalau handal, malah habis apa yg dinampak disapunya! Sebab itulah sekarang ni dah ada golongan yg cuba menguatkan golongan mereka dan ingin menyadi penyapu utk menyapu kita semua. Memang betul2 PENYAPU la diaorang ni! Tapi yg pelik tapi itulah hakikatnya, org kita masih tak nak bersatu. Satu bangsa tapi berbeza arah perjuangan. Masing2 bertegas "Aku lah yg benar, kau tak betul!". Padahal mereka2 ini sebenarnya semua bersaudara. Persaudaraan yg telah dijalinkan krn mereka semua adalah org ISLAM. Oleh krn fahaman politik yg berbeza mereka jadi begitu. Malah dlm golongan yg sama fahaman politik pun ada masaalah juga, dgn hasad dengkinya. Tak senang dgn org yg kedudukan lebih tinggi. Dengan pemimpin mereka yg dipilih majoriti ramai pun ada yg sakit hati. Pelikkan!!?? Apa yg org mcm ni nak sebenarnya tak tau la.
    Saudara2 & sahabat sekalian, Rasullah pernah berpesan, berbeza pendapat itu tidak mengapa tetapi jgnlah sampai membawa perpecahan. Mengapa tidak perbezaan pendapat itu dibawa ke satu muzakarah dan difikirkan jalan terbaik utk kebaikan ummah. Contoh terbaik perbezaan pendapat tetapi tidak berpecah ialah Imam2 4 mahzab. Walau berbeza pendapat tetapi mereka saling menghormati diantara satu sama lain. Mereka tak berselisih faham, mereka masih dlm satu jama'ah. Ahli Sunnah Wal Jamaah. Contoh ini dah diketahui umum, budak sekolah agama peringkat rendah pun rasanya dah tahu, mengapa org2 yg berlajar tinggi dan pandai ilmu agama tak ambik 'port' perkara ni? Apa masaalahnya contoh yg baik ini kita tak boleh ikuti? Boleh saudara2 & sahabat sekalian tolong jawapkan utk saya? Maklumlah, saya ni belajar tak tinggi...

Wallahualam... Kita sambung lain kali.......

Assalammu'alaikum & semoga sejahtera utk semua.

Friday 18 February 2011

bukit layang-layang, melayu yg suka pesta & keramaian

kawan skrg berada di bukit layang-layang pasir gudang, bawa bos kemajlis perasmian festivel layang2 yg dirasmikan DYMM Sultan Johor. tentunya saudara2 & sahabat yg tak berapa nak kenal kwn tertanya-tanya apa kerja kwn, kwn ni kerja sebagai pemandu je. pemandu kerajaan yg dipertanggungjawabkan membawa ahli politik Johor. bagi yg kenal kwn, tahulah siapa yg kawan bawa. rasanya tak berapa perlulah kwn 'detailkan' siapa yg kwn bawa. walaupun kwn hanya seorang pemandu, diharapkan saudara2 & sahabat yg lebih tinggi 'level' pelajaran, pekerjaan, pemikiran, mahupun ekonomi, sudilah apakiranya utk sama-sama berkongsi apajua yg boleh dikongsi dgn kwn. tapi jgn takut, kwn tak nak kongsi duit atau harta benda saudara2 & sahabat sekalian, cukuplah sekadar perkongsian ilmu & fikiran.
    Ramai pengunjung yg datang ke festival layang2 ni, majoritinya ramai org melayu. yg bukan melayu tak berapa ramai, termasuklah Datuk Freddie Long bekas EXCO Johor yg pernah kwn bawa & keluarganya. Melihat senario ramainya org Melayu bila ada sesuatu yg berbentuk festival & pesta ini, kwn teringat satu petikan dari buku yg pernah kwn baca. dlm buku tu memetik tulisan seorang penulis berbangsa penjajah yg mengatakan, bahawa org melayu ini merupakan bangsa yg suka berhibur, suka kpd pesta & keramaian, nyanyian & tarian dan segala sesuatu yg menurut mereka membuang masa. Di sisi orang Melayu pula mereka mempertahankannya, pada org Melayu ini adalah resam budaya yg harus dijaga. Meninggikan martabat budaya bangsa memanglah kemestian kpd setiap anak bangsa, budaya bangsa Melayu bukan hanya setakat kesenian yg lebih banyak berbentuk hiburan. Budaya kerja, budaya pemikiran & visi dan misi arah tuju masa depan bangsa itulah yg lebih utama harus difikirkan.

    Kawan pernah baca satu buku mengenai org Melayu. Dalam buku tu ada dinyatakan, org Melayu sepatutnya menjadi satu bangsa unggul kerana mereka mempunyai satu budaya yg memang mempersona dan dikurniakan dgn Islam yg lengkap sebagai panduan hidup yg sepatutnya memperkukuhkan lagi bangsa Melayu itu. Tetapi hari ini yg kita lihat adalah sebaliknya, ini krn anak2 Melayu telah semakin terhakis pengekukuhan budayanya, Islam sebagai panduan hidup tidak lagi dihayati sepenuhnya, sebaliknya budaya luar yg dibanggakan, konon katanya zaman telah berubah, dunia semakin moden, kita mesti mengikut perkembangan zaman katanya. Mengikut perkembangan zaman itu tidak salah, tetapi biarlah dgn cara kita sendiri, dgn budaya kita sendiri yg sepatutnya kita julang. Janganlah diri setiap anak bangsa Melayu terjajah dgn budaya luar yg memang didatangkan utk merosakkan bangsa MELAYU!!

Kawan rasa sekian dulu utk kali ini....kalau ada idea kita bersua lagi.

Assalammu'alaikum & semoga sejahtera utk semua.

mukadimah budak baru belajar

kawan ni pendatang baru dalam dunia blog, kawan memang tak faham sangat macam mana nak menceburi dunia blog ni, blog kawan ni pun ada org tolong buatkan. kalau nak buat sendiri memang kawan tak berapa nak reti la. maklumlah...pemahamam bab it ni tak berapa nak tinggi. terima kasih banyak2 la kepada saudara kawan yang membantu kawan buatkan blog ni. sebelum ni kwn hanya tahu sms, e-mail & facebook je. facebook pun kwn rasa belum ada setahun kwn pandai, itu pasal ada seorang saudari yang secara sukarela mengajar kawan tentang facebook, kalau tak sampai sekarang agaknya kawan tak tau lagi pasal , sfacebook, terimakasih la banyak2 kepada dia. bab menulis pun kawan pun bukan la pandai sangat, cuma kawan ni suka membaca dan menyampaikan apa yang kawan baca kepada orang dgn cara kwn sendiri. kepada saudara2 serta sahabat handai sekalian, sebagai org org baru dalam dunia blog, tolong tegur & ajar kwn sekiranya apa yg akan kwn tulis lepas ini tidak menepati etika dunia blogger... bak kata pantun melayu...

buah cempedak di luar pagar,
ambil galah tolong jolokkan,
saya budak baru belajar,
kalau salah tolonglah tunjukkan.

sekian dulu untuk masa ini.....Assalammu'alaikum & sejahtera untuk semua.

Mindaku Tumpuanmu

Test posting