Tuesday 27 December 2011

MARILAH BERSAMA MUHASABAH DIRI......

Assalam,

   Suasana kehidupan hari ini kekadang membuatkan kita sering susah untuk memahami mengenai sesuatu. Masyarakat hari ini majoritinya seringkali hanya melihat kelemahan & kesalahan orang lain, jarang sekali mahu muhasabah diri melihat kelemahan diri sendiri.
   Walaupun kita melihat sesuatu perkara yang tidak baik ataupun sesuatu yang tidak menyenangkan hati, kita tidak seharusnya terus memberikan ulasan yang negatif dan terus menanamkan perasaan tidak suka kepadanya. Kita seharusnya memikirkannya dari sudut lain. Bila timbul sesuatu isu, kita tidak harusnya terus menerus membenci & menghentam pihak yang tidak sealiran atau tidak sependapat dengan kita. Sebaliknya jalan yang terbaik ialah bila ada pihak yang menimbulkan sesuatu isu yang tidak baik kepada diri kita, kita kenalah fikirkan kenapa boleh timbul isu dan memikirkan jalan penyelesaian yang terbaik. Bukan dengan hanya memikirkan mencari kesalahan & kelemahan pihak lain.

    Saya ada mengenal seseorang yang memegang prinsip, jika ada sesuatu kebaikan walaupun ianya datang dari seorang Yahudi tidak salah kita mengambil iktibar darinya. Bila bercakap pasal Yahudi yang dilaknat ini, dalam fikiran kita hanya terfikir segala kejahatan yang dilakukan oleh mereka terhadap dunia Islam. Apa yang mereka lakukan menyebabkan majoriti umat Islam satu dunia menjadi semakin lemah. Kita seringkali marah dengan perlakuan dunia Yahudi terhadap Islam, tetapi amarah kita itu tiada ertinya kepada mereka kerana kita seringkali tidak mahu memikirkan kelemahan diri sendiri. Hatta untuk menahan diri membeli setin 'coke' keluaran syarikat yang banyak membantu dunia yahudi pun kita tidak berdaya....apalah ertinya amarah kita...apalah erti perjuangan ini jika hanya dengan sekecil-kecil perkara pun kita menjadi lemah. Ada sesuatu yang kita boleh fikirkan dengan apa yang dunia yahudi lakukan dalam melemahkan umat Islam. Mereka telah sekian lama mengkaji kekuatan yang ada dalam Islam....bukan kelemahan dalam Islam yang mereka fikirkan, dari kajian & pengamatan terhadap kekuatan Islam, mereka telah memikir rancangan-rancangan jahat mereka dalam melemahkan dunia Islam.....dan kita lihatlah apa yang telah terjadi kepada dunia Islam hari ini angkara rancangan jahat yahudi dan kerana majoriti umat Islam itu sendiri yang tidak mahu memikirkan kelemahan diri sendiri.

    Marilah kita bersama-sama muhasabah diri, kita belajar dari kelebihan orang lain untuk membaiki kelemahan diri sendiri. Ikhlaskanlah hati....mantapkan ilmu di dada dalam menyelusuri jalan perjuangan ini...barulah terbela Agama dan Bangsa. Jika kita tidak mahu berubah...kita akan terus menjadi lemah...malah bukan sahaja terus menjadi lemah....boleh membawa kepada hancur dan lenyapnya Bangsa ini. SEMOGA ALLAH SENTIASA MELINDUNGI AGAMA DAN BANGSA KU INI. AMIN!

Sekian. Wassalam.

No comments:

Post a Comment