Lahirnya seorang insan, dari tercantumnya benih dirahim ibu, di situlah bermula pendidikan membentuk keperibadiannya. Malah sebelum tercantumnya benih itu langkah-langkah sewajarnya disarankan kepada kita agar zuriat penyambung ummat yg bakal dilahirkan menerima kesan yg baik.
Mendidik anak-anak hari ini merupakan suatu cabaran yg menuntut kreativiti & kesabaran yg tinggi kepada semua ibu bapa. Cabarannya bukanlah sama seperti mana setiap ibubapa di zaman kanak-kanaknya. Sebagaimana sabda Baginda Rasulullah yg bermaksud, ''Didiklah anak mu mengikut zamannya, kerana ia dilahirkan bukan untuk zaman mu''.
Setiap anak yg dilahirkan adalah bersih, persekitarannya dari bayi hingga dewasa yg akan membentuk keperibadiannya. Jika elok persekitarannya maka eloklah peribadinya, jika tidak, sebaliknyalah yg akan terjadi. Cara pemikiran sesuatu kelompok masyarakat juga ada kesannya kepada pembentukkan peribadi seseorang. Dalam masyarakat Melayu misalnya, zaman kanak-kanak seringkali dimomokkan dgn suasana yg melemahkan mereka. Anak-anak sering ditakutkan dgn beberapa perkara, kita bercerita kepada mereka tentang kegelapan yang berkaitan dengan hantu. Sedang fakta yang sepatutnya kita katakan kepada mereka ialah mengenai syaitan yang suka kepada kegelapan dan bukannya menakut-nakutkan mereka yang akan melemahkan semangat mereka. Menjadi tanggungjawap kita utk memperteguhkan jiwa mereka agar mereka menjadi orang yang kuat dalam menentang anasir-anasir syaitan. Dalam suasana hidup masyarakat Melayu, anak-anak kecil sering dimanjakan dengan timang-timangan yang kekadang memberi kesan kurang baik kepada anak-anak. Seumur 4 atau 5 tahun, kita sering memanggil anak-anak kita dengan panggillan yang manja yang kekadang membuatkan mereka berjiwa lemah. Seringkali bila anak-anak kecil kita kekadang melakukan sesuatu yang mengguris hati kita, kita hanya berkata "Biasalah budak-budak", "Tak apalah, budak-budak, tak tau apa". Kalau kita biar perkara ini terus menerus, ini akan menimbulkan kesan yg negatif terhadap anak-anak kita. Kenapa tidak anak-anak kecil kita semaikan di hati mereka semangat perjuangan, semangat cintakan agama & bangsa mereka. Bagaimana caranya, terpulanglah kepada daya kretiviti yang boleh kita fikirkan untuk membentuk mereka, itulah cabaran yang setiap ibubapa hari ini harus hadapi. Bukan sekadar kita menghabiskan wang ringgit yang banyak dengan menghantar anak-anak kita ke sekolah yang terbaik dan mengharapkan sesuatu yang terbaik untuk mereka. Jangan sekadar berharap anak kita menjadi baik, sedangkan kita tidak bersedia hadapi cabaran-cabarannya. Sesungguhnya anak-anak itu adalah amanah & ujian kepada kita. Penentu kejayaan dunia & akhirat.
WALLAHU'ALAM.